NOTIS: MESYUARAT AGUNG LUARBIASA SSEAYP INTERNATIONAL MALAYSIA (KABESA)

NOTIS: MESYUARAT AGUNG LUARBIASA

SSEAYP INTERNATIONAL MALAYSIA (KABESA)

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Luarbiasa SSEAYP International Malaysia (KABESA) akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh   :               31hb. Disember, 2016

Hari       :               Sabtu

Tempat  :               Dewan Kecemerlangan, Kompleks Belia & Sukan Kg. Pandan.

Masa      :               2.00 petang – 3.30 petang

  1. Sila ambil maklum bahawa keputusan Jawatankuasa Pusat penggal terkini untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luarbiasa adalah untuk membincangkan dan membuat keputusan berkenaan cadangan Pindaan Perlembagaan persatuan. Kali terakhir Mesyuarat Agung meluluskan pindaan perlembagaan KABESA adalah pada Mesyuarat Agung Tahunan 2001.
  1. Bersama-sama notis ini disertakan satu salinan cadangan pindaan perlembagaan beserta dengan butiran dan maklumat berkaitan bagi tujuan bacaan dan semakan ahli sebelum sidang Mesyuarat Agung Luarbiasa dijalankan pada tarikh di atas.
  1. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi talian 017-6194860 atau email kepada official.simalaysia@gmail.com. Sila maklumkan (SMS / Whatsapp) akan kehadiran Tuan / Puan dengan memberi butiran nama dan tahun penyertaan Tuan / Puan dalam program SSEAYP bagi memudahkan urusan tempahan tempat dan makanan.
  1. Kehadiran semua ahli jawatankuasa dan ahli adalah amat-amat diharapkan. Sekian, terima kasih.

 

Yang menjalankan tugas,

AINAH YAHYA

Setiausaha Agung

NUR IZZAH LIYANA BINTI HAJI MAT NAYAN

Penolong Setiausaha Agung

extraordinary-general-meeting