ZIARAH RAMADAN (18 Jun 2016)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua keluarga SI Malaysia (SIM/KABESA).

Alhamdulillah kita akan menyambut kedatangan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan tidak lama lagi. Bersempena dengan kahadiran bulan mulia ini, SI Malaysia/KABESA akan menganjurkan satu aktiviti amal seperti butiran berikut:-

Tarikh/Hari

18 Jun 2016; 13 Ramadan 1437H (Sabtu)

Masa

4.30 petang – 8.00 malam

Lokasi

Rumah Nur Hikmah, Lot 11552, Jalan 18, Taman Mesra, 43000 Kajang, SELANGOR (peta lokasi: https://goo.gl/maps/PTDUWqMEMuJ2)

Aktiviti 

Menyediakan juadah berbuka puasa; Ramah mesra bersama anak-anak yatim; Berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

ziarah ramadan 230516-01

Objektif utama aktiviti ini adalah bagi memberi peluang kepada kita untuk mendekati mereka (anak-anak) yang kurang bernasib baik. Sebagai maklumat tambahan kepada semua, Rumah Nur Hikmah ini dikelolakan oleh salah seorang ahli SI Malaysia (ex-py 1997).

Justeru, adalah dialu-alukan dari kalangan ahli SI Malaysia (KABESA) bagi sama-sama menyertai aktiviti ini. Selain dari bersama-sama ke Rumah Nur Hikmah, pihak jawatankuasa juga amat berbesar hati untuk menerima sumbangan bagi tujuan perlaksanaan aktiviti ini.

Sumbangan kewangan adalah terus ke akaun SI Malaysia

Maybank Acc No. 5141-3212-8212

(Setiap sumbangan yang telah dibuat melalui bank perlu dihantar satu salinan bukti (i.e. slip transfer copy / online banking receipt) ke pihak secretariat. Sila ‘indicate’ Ziarah Ramada’ di bahagian Ref transaksi.)

Maklumat lanjut berkenaan aktiviti boleh terus berhubung melalui EMAIL di

OFFICIAL.SIMALAYSIA@GMAIL.COM

ATAU / DAN

Melalui SMS/WHATSAPP/TELEFON kepada

  1. Puan Azmamazuwati Mukhtar (EXCO) +6019 2016371
  2. Cik Fatimah Rabihah (SUA) +6017 8726847

Seperti program yang lain, aktiviti ini terbuka kepada semua ahli SI Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s